Berkongsi pengalaman

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 8:04 AM
in

JKMI satu kumpulan yang agak lama bertapak di UKM, saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang saya berada selama 4 tahun. Pada asalnya apabila saya mula menjejak kaki ke UKM pada tahun 2004, ia merupakan satu pengalaman yang bersejarah bagi hidup saya. Sebelum saya menjejak kaki ke UKM saya mempunyai satu harapan yang cukup tinggi dimana ingin menjadi seorang pemimpin pelajar yang disegani di peringkat UKM. Saya ditempatkan di kolej Aminuddin Baki, kolej ini banyak memberi kenangan memori yang mendalam pada diri saya antaranya ialah penglibatan saya sendiri dalam kumpulan sosial iaitu JKMI pada 23 Julai 2004. Pada mulanya saya merupakan ahli yang tidak aktif hanya sekadar menghadiri mesyuarat yang diadakan pada setiap hari rabu pada pukul 8.00pm di bilik tutorial FSSK. Pengalaman pertama yang agak mencabar bagi saya ialah menjadi penyeleras Interkuiz peringkat daerah Hulu Langat semasa saya tahun 1 sem 2. Apa yang boleh saya kongsi disini ialah ia merupakan program pertama saya yang begitu mencabar kerana saya terpaksa membuat kertas kerja, surat rasmi kepada pihak sekolah, membahagikan kerja untuk semua senior , pergi sendiri ke sekolah untuk memberikan surat jemputan dengan hanya menaiki bas bersama dengan seorang senior. Semasa saya menjadi penyeleras Interkuiz saya mula belajar nilai kepimpinan, berkomunikasi, team work, dan nilai seorang ahli dalam satu kumpulan. Bermula dari situ keperibadian diri saya yang pada awalnya pendiam, malu, tidak ada unsur kepimpinan diri, dan rendah diri tetapi apa yang saya dapat lihat adalah perubahan keperibadian yang telah mengubah diri saya dengan begitu cepat sekali sehinggakan individu yang mengenali saya menegur mengatakan saya sudah berubah dan individu itu sendiri adalah kedua-dua ibu bapa saya, guru , kawan-kawan serta pensyarah fakulti. Satu pengalaman yang mengajar erti kehidupan adalah program OPKIS. sebenarnya di kampus tidak semua pelajar mengenali apa itu OpKIS, saya pun begitu pada awalnya. OPKIS pertama saya ialah di Ladang Marry, Batang Berjuntai. Rawang. Saya tinggal di ladang itu selama 1 minggu, buat kali pertama tidur di atas lantai dengan beralaskan tikar mengkuang. Saya tinggal di sebuah rumah yang kecil, ibu angkat saya bekerja di ladang sebagai penabur baja. Air yang digunakan untuk mandi, minum berwarna perang, saya terkejut apabila melihat warna air yang sebegitu tetapi saya mandi kerana tidak mahu menwujudkan rasa kecewa atau perasaan rendah diri pada ibu saya. Tetapi saya merasakan keadaan ini akan mengajar saya erti kehidupan orang susah dan saya sudah bertekad pada malam itu bahawa saya akan terus berada dalam JKMI untuk membantu orang yang susah. Tanpa pengalaman yang pahit kita tidak akan belajar apa-apa yang akan membina keperibadian diri kita . Bagi saya apabila kita keluar dari universiti , ijazah itu tidak bernilai tanpa sumbangan kita kepada masyarakat. Saya berasa bangga kerana akan konvo dengan ijazah yang bernilai tinggi berbanding orang lain kerana saya berbakti kepada masyarakat.
Ditulis oleh: Kumar....JKMI 04


1 comments:

=Terence= said...

Hohohoho...good experience talk...

Post a Comment

 
fineprint
(c) JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA/I · Using Blogger · Theme by EvanEckard · Blogger Template by Blogger FAQs and Mobi123