Dari Kuliah Ke Jalan Raya

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 8:40 PM
in


Buku bertajuk Dari Kuliah Ke Jalan Raya adalah sebuah kisah benar tentang perjuangan satu kumpulan pelajar India di Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini menceritakan bagaimana pada zaman mahasiswa kebanyakan bersifat individualistik dan hanya mementingkan diri sendiri, terdapat juga golongan mahasiswa yang turun melibatkan diri dengan masyarakat akarumbi.

Dari Kuliah Ke Jalan Raya juga menceritakan bagaimana masalah sosial rakyat membentuk konflik dan pemikiran radikal di kalangan mahasiswa. Mahasiswa yang pada mulanya pergi untuk mengajar masyarkat akhirnya balik dengan kesedaran bahawa mereka boleh belajar dari mayarakat. Buku ini menceritakan bangaimana pemikiran perkauman mahasiswa bertukar menjadi pemikiran kelas, bagaiman pandangan welfaist dan reformis dicabar oleh idea-idea revolusionari dan sosialis.

Selain itu, buku ini menceritakan pembentukan satu kumpulan mahasiswa sedar bernama JKMI dan bagaimana JKMI berdepan dengan pelbagai konflik dan tohmahan dari pihak pentadbiran universiti, Kumpulan mahasiswa formal, golongan agama, dan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh sebuah kumpulan.

Dari Kuliah Ke Jalan Raya harus dibaca oleh aktivis mahasiswa dan aktivis pelajar. Ia menceritakan konflik dan situasi yang dihadapi dan bagaimana setiap isu ditangani. Ia menceritakan untuk mara ke hadapan, kita harus berani dan mencabar idea-idea yang konservatif dan mainstream. Tidak ada kemenangan tanpa perjuangan.Pemikiran radikal dan progresif tidak jatuh dari langit, ia tumbuh dari bawah da dari pengalaman serta persekitaran.


0 comments:

Post a Comment

 
fineprint
(c) JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA/I · Using Blogger · Theme by EvanEckard · Blogger Template by Blogger FAQs and Mobi123