Pengalaman OPKIS di Pulau Carrey

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 8:07 PM
in
1 comments

Secara peribadi saya telah dapat banyak pengalaman yang tidak boleh saya lupakan semasa menjalankan program Opkis ini.. antaranya ialah sekumpulan rakan yang sangat istimewah kepada saya entah kenapa saya rasa mereka kawan-kawan yang berharga kepada saya dan saya tidak dapat melupakan segala gelagat mereka sepanjang opkis...ada yang bersikap pelik..ada yang terlalu ramah mesra...ada yang asyik kena buli sahaja...Macam-macam ada!!!
Selain daripada kawan, saya juga dapat melalui pengalaman hidup di ladang yang sebelum ini tidak pernah saya menjejak kaki ke mana-mana ladang. Saya dapat melihat dengan mata saya sendiri bagaimana kehidupan penduduk disana.. anak-anak mereka tidak berpelajaran tinggi, hidup susah serta tidak banyak terdedah kepada dunia luar yang "ganas". Ibu bapa disana pagi-pagi lagi harus pergi ke ladang untuk berkerja dengan ini anak-anak mereka tidak dijaga dan tiada masa untuk diluangkan bersama anak mereka. Kemudahan disitu juga amatlah terhad contohnya seperti sekolah dan juga pengangkutan awam....ini menyusahkan penduduk disana.
Selain itu, penduduk Pulau Carrey telah menjaga kami sekumpulan seperti anak mereka sendiri..bukan mungkin lebih dari itu.. kami bagaikan raja kat sana.. hampir setiap hari ada yang membelanja makanan untuk kami sekumpulan.

Semasa kami hendak meninggalkan Pulau Carrey ramai telah menangis untuk kami kerana tidak ingin berpisah dengan kami semua tapi apa yang kami boleh lakukan??? Walau apa pun pulau carrey berjaya mengukir kenang yang manis bagi diri saya......


kumaran

JKMI


Berkongsi pengalaman

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 8:04 AM
in
1 comments

JKMI satu kumpulan yang agak lama bertapak di UKM, saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang saya berada selama 4 tahun. Pada asalnya apabila saya mula menjejak kaki ke UKM pada tahun 2004, ia merupakan satu pengalaman yang bersejarah bagi hidup saya. Sebelum saya menjejak kaki ke UKM saya mempunyai satu harapan yang cukup tinggi dimana ingin menjadi seorang pemimpin pelajar yang disegani di peringkat UKM. Saya ditempatkan di kolej Aminuddin Baki, kolej ini banyak memberi kenangan memori yang mendalam pada diri saya antaranya ialah penglibatan saya sendiri dalam kumpulan sosial iaitu JKMI pada 23 Julai 2004. Pada mulanya saya merupakan ahli yang tidak aktif hanya sekadar menghadiri mesyuarat yang diadakan pada setiap hari rabu pada pukul 8.00pm di bilik tutorial FSSK. Pengalaman pertama yang agak mencabar bagi saya ialah menjadi penyeleras Interkuiz peringkat daerah Hulu Langat semasa saya tahun 1 sem 2. Apa yang boleh saya kongsi disini ialah ia merupakan program pertama saya yang begitu mencabar kerana saya terpaksa membuat kertas kerja, surat rasmi kepada pihak sekolah, membahagikan kerja untuk semua senior , pergi sendiri ke sekolah untuk memberikan surat jemputan dengan hanya menaiki bas bersama dengan seorang senior. Semasa saya menjadi penyeleras Interkuiz saya mula belajar nilai kepimpinan, berkomunikasi, team work, dan nilai seorang ahli dalam satu kumpulan. Bermula dari situ keperibadian diri saya yang pada awalnya pendiam, malu, tidak ada unsur kepimpinan diri, dan rendah diri tetapi apa yang saya dapat lihat adalah perubahan keperibadian yang telah mengubah diri saya dengan begitu cepat sekali sehinggakan individu yang mengenali saya menegur mengatakan saya sudah berubah dan individu itu sendiri adalah kedua-dua ibu bapa saya, guru , kawan-kawan serta pensyarah fakulti. Satu pengalaman yang mengajar erti kehidupan adalah program OPKIS. sebenarnya di kampus tidak semua pelajar mengenali apa itu OpKIS, saya pun begitu pada awalnya. OPKIS pertama saya ialah di Ladang Marry, Batang Berjuntai. Rawang. Saya tinggal di ladang itu selama 1 minggu, buat kali pertama tidur di atas lantai dengan beralaskan tikar mengkuang. Saya tinggal di sebuah rumah yang kecil, ibu angkat saya bekerja di ladang sebagai penabur baja. Air yang digunakan untuk mandi, minum berwarna perang, saya terkejut apabila melihat warna air yang sebegitu tetapi saya mandi kerana tidak mahu menwujudkan rasa kecewa atau perasaan rendah diri pada ibu saya. Tetapi saya merasakan keadaan ini akan mengajar saya erti kehidupan orang susah dan saya sudah bertekad pada malam itu bahawa saya akan terus berada dalam JKMI untuk membantu orang yang susah. Tanpa pengalaman yang pahit kita tidak akan belajar apa-apa yang akan membina keperibadian diri kita . Bagi saya apabila kita keluar dari universiti , ijazah itu tidak bernilai tanpa sumbangan kita kepada masyarakat. Saya berasa bangga kerana akan konvo dengan ijazah yang bernilai tinggi berbanding orang lain kerana saya berbakti kepada masyarakat.
Ditulis oleh: Kumar....JKMI 04


Dari Kuliah Ke Jalan Raya

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 8:40 PM
in
0 comments


Buku bertajuk Dari Kuliah Ke Jalan Raya adalah sebuah kisah benar tentang perjuangan satu kumpulan pelajar India di Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini menceritakan bagaimana pada zaman mahasiswa kebanyakan bersifat individualistik dan hanya mementingkan diri sendiri, terdapat juga golongan mahasiswa yang turun melibatkan diri dengan masyarakat akarumbi.

Dari Kuliah Ke Jalan Raya juga menceritakan bagaimana masalah sosial rakyat membentuk konflik dan pemikiran radikal di kalangan mahasiswa. Mahasiswa yang pada mulanya pergi untuk mengajar masyarkat akhirnya balik dengan kesedaran bahawa mereka boleh belajar dari mayarakat. Buku ini menceritakan bangaimana pemikiran perkauman mahasiswa bertukar menjadi pemikiran kelas, bagaiman pandangan welfaist dan reformis dicabar oleh idea-idea revolusionari dan sosialis.

Selain itu, buku ini menceritakan pembentukan satu kumpulan mahasiswa sedar bernama JKMI dan bagaimana JKMI berdepan dengan pelbagai konflik dan tohmahan dari pihak pentadbiran universiti, Kumpulan mahasiswa formal, golongan agama, dan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh sebuah kumpulan.

Dari Kuliah Ke Jalan Raya harus dibaca oleh aktivis mahasiswa dan aktivis pelajar. Ia menceritakan konflik dan situasi yang dihadapi dan bagaimana setiap isu ditangani. Ia menceritakan untuk mara ke hadapan, kita harus berani dan mencabar idea-idea yang konservatif dan mainstream. Tidak ada kemenangan tanpa perjuangan.Pemikiran radikal dan progresif tidak jatuh dari langit, ia tumbuh dari bawah da dari pengalaman serta persekitaran.


OPERASI KHIDMAT SOSIAL(OPKIS) 2008

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 7:36 AM
in
1 comments

Operasi khidmat sosial
(opkis 2008)
Tempat : Ladang Pulau Carey,
Banting,Selangor.
Tarikh : 28-30 Nov 08 (Persediaan Awal)
30-07 Dec 08(Program Berlangsung)
Apa itu Opkis?
Operasi Khidmat Sosial (OPKIS) ialah satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I( JKMI) sejak dari dahulu lagi. Program ini merupakan satu program keluarga angkat. Selama berlangsungnya program ini,kita akan menjalankan pelbagai aktiviti untuk setiap penduduk di ladang tersebut.Selain itu,kita juga dapat mendalami asam garam kehidupan mereka sebagai seorang warga ladang di mana sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran kita .Apakah yang pernah kita sumbang kepada masyarakat sebagai seorang mahasiswa/I?
Apa tunggu lagi? Sertailah opkis untuk berbakti kepada masyarakat..
Untuk maklumat lanjut,sila hubungi
Tel:017-6187120
E-mail : jkmi1987@yahoo.com
Blogspot :www.jkmi1987.blogspot.com


Location of Opkis 2008

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 8:23 AM
in
0 comments

Lokasi OPKIS kali ini akan diadakan di Ladang Pulau Carey, Banting, Selangor Ehsan.


OPERASI KHIDMAT SOSIAL(OPKIS) 2008

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 9:42 AM
in
0 comments

JKMI akan mengadakan oprasi khidmat sosial di kawasan estate Banting,Selangor Darul Ehsan. Semua mahasiswa/i dijemput untuk menyertai OPKIS kali ini. OPKIS akan berlangsung selama seminggu dimulakan dengan kerja-kerja awalan di pejabat CDC yang terletak di Taman Sri Langat,Jalan Reko,Kajang.Kerja awalan selama 3 hari dan dikuti dengan lawatan ke ladang di Banting. Beberapa aktiviti serta slot yang menarik akan diadakan oleh kami untuk penduduk sekitar tempat berkenan.... Diharapkan lebih ramai mahasiswa/i dapat menyertai OPKIS ini.


Kandungan SUARA JKMI edisi kali ini.....

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 5:21 AM
in
0 comments

Kandungan SUARA JKMI edisi kali ini adalah tentang :
1) Seminar PMR 2008
2) Promosi kawasan Tuisyen
3) Operasi Khidmat Sosial (OPKIS)
4) Borang keahlian JKMI

GET YOUR COPY NOW........


Promosi Suara JKMI

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 5:12 AM
in
0 comments

Suara JKMI ialah buletin yang akan dikeluarkan oleh jawatankuasa kebajikan mahasisiwa/i mengikut aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan kami. Keluaran ini diedarkan secara percuma kepada mahasiswa mahasiswi UKM.Tujuan SUARA JKMI ialah untuk memberi pengetahuan tentang aktiviti atau program yang telah dilakukan oleh JKMI.


Seminar PMR 2008

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 4:43 AM
in
1 comments


Satu seminar telah dianjurkan oleh JKMI pada 13 september 2008 yang lepas khas untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR. Seminar ini diadakan di SJK (T) West Country,Bangi. Pelbagai slot dikendalikan oleh kami contohnya seperti pengurusan tekanan dan teknik menjawab soalan peperiksaan.


The History of JKMI

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 3:03 AM
in
1 comments

Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i,UKM (JKMI) ditubuhkan pada tahun 1987 oleh sekumpulan mahasiswa/i UKM atas sifat kesedaran terhadap keperluan kebajikan.


OBJEKTIF
  • Membuat kerja kebajikan.
  • Memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang isu-isu semasa.
  • Mempelajari pengalaman hidup dan kesusahan orang lain.


 
fineprint
(c) JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA/I · Using Blogger · Theme by EvanEckard · Blogger Template by Blogger FAQs and Mobi123