Apa yang terjadi???

by JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA MAHASISWI, UKM at/on 11:33 AM
in

Baru-baru ini pendaftaran awal telah dibuka kepada pelajar ukm untuk mendaftar kursus mereka melalui smpweb UKM sebelum melakukan pendaftaran,pelajar diwajibkan melakukan penilaian kursus. Seperti kelaziman saya telah melakukan penilaian kursus yang diwajidkan dan memasuki laman web SMPweb UKM untuk melakukan pendaftaran awal kursus tetapi pada kali ini saya diHALANG daripada melakukan pendaftaran awal dan muncul satu popup dalam laman tersebut mengarahkan saya untuk menjelaskan hutang pelajar terlebih dahulu ini memang sesuatu yang baru dan tidak pernah berlaku sebelum ini di mana pelajar dihalang daripada melakukan pendaftaran awal kerana tidak menjelaskan hutang pengajian... Kenapakah pihak pentadbiran universiti mengambil tindakan drastik sebegini??? adakan UKM kekurangan dana sehingga memaksa pelajar UKM untuk membayar hutang?? adakah tindakan ini relavan lebih-lebih lagi semasa keadaan krisis ekonomi ini dimana semua pelajar menghadapai masalah kekurangan kewangan. Bukan ini sahaja, pihak PTPTN juga telah memotong deposit sebanyak RM1500 yang diberikan kepada pelajar yang baru memasuki IPT pada awal semester kedua oleh itu kebanyakkan pelajar tahun satu merana kerana kekurangan wang untuk dibelanjakan. Ramai yang tidak dapat mendaftar kursus mereka kerana kesempitan wang?? Apa akan terjadi kepada mereka yang gagal membayar hutang???


1 comments:

Anonymous said...

ya...bende ni memang sesuatu yg baru...seharus mereka harus faham inilah masanye untuk beri kelonggaran sikit untuk student...jika tidak bayar...xdapat sambung pengajian...ini boeh mengelapkan masa depan seseorang student...saya berpendapat,universiti harus cuba mengurangkan belanjanya sedikit,dari segi pelbagai jamuan2 yg diadakan dan juga percutian untuk pemimpin2 pelajar seperti jaksa yang menggunakan wang yuran hasil titik peluh ibu bapa setiap peljar..ia harus digunakan untuk semua pelajar sekaligus...seperti memberi bantuan kewangan kpd yg memerlukan,memberi subsidi untuk beberapa yuran,serta menyediakan keperluan semua student...itu milik kite semua...pihak universiti harap akan pertimbangkan bende ini...terima kaseh sume...

Post a Comment

 
fineprint
(c) JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA/I · Using Blogger · Theme by EvanEckard · Blogger Template by Blogger FAQs and Mobi123